TADAAA!! NIE DYE
sye da mula risau dan takut. memikirkan perempuan-perempuan diluar sana, jadi dengan sepantasnya saye punya jadi pun mula berkata-kata, dia tanak apa-apa jadi kepada yang ada di luar sana, di sini dia nak memberi sedikit peringatan.
Apabila ada date dengan LELAKI yang tidak dikenali, atau dikenali pun, sila amek tahu tentang TIPS di bawah ni.
1. Pastikan tidak keluar dengan LELAKI berdua, sebaiknya ada TEMAN bersama kita
2. Pastikan tidak meninggalkan MAKANAN atau MINUMAN bersama LELAKI sendiri ketika kita hendak ke tandas atau ke mana, sebaiknya pergi la tandas setelah selesai atau apa sahaja, ini untuk mengelakkan mereka punya peluang untuk buat apa-apa kepada makanan kita.
3. Jangan keluar ke tempat-tempat yang tidak ramai orang, Sebaiknya ke tempat yang ramai orang, agar mereka tiada peluang mengapakan kita. ELAKKAN berdua bersama mereka.
4. Sebaiknya gunakan transport awam. Bagi mengelak mereka bawa kita ke tempat yang kita tidak tahu di mana, demi keselamatan, gunakan transport awam.
5. Pastikan mereka tidak meniupkan asap rokok atas apa-apa kepada kita, berjaga-jaga kerana ada juga kes pukau melalui asap rokok ini.
Dan paling baik sekali, TAK PAYAH LA NAK GATAI, KELUAR DENGAN LELAKI YANG TIDAK SAH MILIK NI, SEBAB KITA TAK TAHU MEREKA MACAM MANA KAN? DALAM ISLAM SENDIRI ADA MENYEBUTKAN, EVEN TUNANG PUN TAK BOLEH KELUAR BERDUA MALAH MESTI DITEMANI OLEH YANG SAH TARAF IAITU MUHRIM KITA.
Kesimpulan yang boleh dibuat, ISLAM dah susun comei dah untuk kita, bagi yang mengikut, Alhamdulillah aa, yang tidak, pun tidak salahkan juga, mungkin kurang ilmu pengetahuan, atau mungkin terlalu open, BERJAGALAH DENGAN LELAKI, BERHATI-HATI DENGAN MEREKA. Kerana ditakuti apabila satu sudah menguasai sembilan, memang habis jahanam la.
Sekian. Terima kasih kerana membaca. Semoga bermanfaat.











